Make your own free website on Tripod.com

IKTIKAD AHLIL SUNNAH WALJAMAAH

 

 

Bermula yang dikatakan iktikad ahlil sunnah wal jamaah ialah satu pegangan kita yang sangat teguh yang diijazahkan oleh guru kepada kita.

Adapun iktikad ahlil sunnah wal jamaah itu muafakat sekalian ulama-ulama mengatakan betul seperti mana firman Allah: “Mukhalafa tuhu lil hawadis” iaitu bersalahan  Allah swt bagi sekalian yg baharu.,bersalahan zatNya,bersalahan sifatNya,bersalahan asma’Nya,bersalahan afa’alNya.Seperti mana “laisa kamislihi  syaiun wa samiun basir”. Tiada seumpama zat Allah itu pada barang sesuatu.

 

Syak itu terbahagi kpd 3 bahagian:

Seperti api bukan,seperti bulan bukan,seperti matahari bukan,jadi yg manakah kita pegang?

Sabda RasululLah saw,:Al’aljazu an’ni al’daroki illa daroku fahuwa idzarkun irtai.

 

Ertinya:Lemah daripada mendapat,akan mendapat,maka ialah yang didapat(Lemah pada mendapat maka itulah pendapatan).

 

Amalan nyawa.

Inilah amalan nyawa,naik turun hendaklah kita ketahui tika naik zikirnya Allah turun zikirnya Hu tatkala sudah sempurna turun naiknya nyawa itu apakah kita iktikadkan nyawa ini naikpun tiada dengan sengaja dan turun pun tiada dengan sengaja.Naiknya nyawa itu dengan qudrat iradah Allah swt,dan turunnya pun dengan qudrat Allah swt jua.Maka sudah sempurna amalan dan iktikadnya,tanda kita bahagia apa ditunjukkan oleh Tuhan kepada kita.DitunjukkanNya 1 nur 3 nama.:

 

1-nur ahdiah.

2-cahaya  makrifah yang kamil mukamil.

3-cahaya penghulu kita nabi Muhamad saw.,di mana ia berdiri iaitu di antara 2 kening di makam Fa baqo husnaini wal laduni di mana ia berpijak iaitu di pintu hati nurani.

Telah memancar cahayaNya tatkala belum meliputi dikatakan  ‘Samad’ sudah meliputi dikatakan ‘Muhhid’.Sesudah itu jalan mana ia ikuti,iaitu di jalan u’zuti al wa syafa’ wa laddni.

Maqam mana ia berhenti iaitu di maqam tabdal’.

Maka di situlah kita mendengar tiada bunyi,melihat tiada rupa,di situlah kita hairan. Kedua dasyat,ketiga tergamam inilah alamat raja sudah tiba.Dinamakan usul dan maut.Inilah kesudahan jalan kita kembali kepada Allah.Inilah sebabnya tiada izrail mengambil nyawa kita lagi.

Kita pun tiada sedarkan diri kita lagi.Adapun tatkala martabat kita hairan dinamakan al-zuk(rasa)dan tatkala martabat dasyat dinamakan wujdan(mendapat rasa).

Inilah kesudahan kita adanya.     

JALAN KEMBALI KPD ALLAH SWT.

Tatkala hendak kembali ke rahmahtullah maka adalah ditunjukkan Allah kepada diri kita datang seperti rupa kita di hadapan kita.Inilah yang dikatakan diri yang terdiri(tarjali).iaitu tubuh kita yang halus yang bernama jasmani,asal daripada anasir adam yang batin,iaitu tanah,air angin,api.Tempatnya di dalam jantung,maka tatkala ini kita ketahuilah alamat maut telah tiba.

Jangan syak lagi,kemudian hilang rupa kita kerana sekalian wujud kita berampiran kepada insan,adapun insan ini nur yang dirupakan dengan nur haq ta’ala,maka dipertaruhkan kepada maqam fa baqa husnaini waladdni ,di antara dua kening hambaNya beroleh taufiq dan hidayah daripada Allah,maka cahayaNya sampai ke hati nurani.Setelah itu nampaklah suatu cahaya nur di ubun-ubun kita iaitu nur haq taala.Itulah nyawa jasmani yang bernama ruhani,itulah diri kita yang batin tiada bercerai ia dengan tubuh.Asalnya ia daripada tiga anasir yang batin.

  Pertama wujud,kedua ilmu,ketiga nur,keempat syuhud itulah yang dikatakan diri terperi iaitu tubuh Muhammad yang hakiki semata-mata ialah ruhani.Tempatnya di ubun-ubun di situlah sifat Allah dan tiada ia bercampur dengan anasir jasmani yang empat itu.

Adapun yang sebenar-benar nyawa itulah sifat Allah,dan sebenar-benar sifat Allah itulah Allah,kerana sifat itu tiada lain daripada zat Allah.Besarnya seperti bintang semakin membesar,memancar cahayaNya meliputi wujud kita sekaliannya.,lalu menerangi tubuh petala langit dan tujuh petala bumi .Tatkala belum meliputi dikatakan samad,tatkala sudah meliputi dikatakan muhid.,yang pertama nur hadiah pun namanya,kedua mur makrifah kamil-mukamil pun namanya,ketiga nur muhammad saw pun namanya.Maka cahaya itu (nur) terdiri antara dua mata kita seperti aliff di mana ia berpijak iaitu di pintu hati nurani maka pada ketika itu mata kita terdiri melihat cahaya nur itu yang tiada dapat digambarkan lagi.Di waktu itu maka kudrat kita pun hilang,pendengaran kita pun hilang,pemandangan kita pun hilang ,maka pada ketika itu yang memandang dan yang dipandang pun satu jua.Maka yang hilang adalah akal kita,sebab memandang cahaya nur itu.,dan yang mati adalah hawa nafsu kita dan yang pulang adalah rahsia kita,.jalan mana ia ikut iaitu di jalan u’zuti al wa syafa’ waladdni ,maqam mana ia berhenti iaitu di maqam tabdal(penggantian)di situlah kita mendengar tiada bunyi,melihat dengan tiada rupa,di situlah kita hairan dinamakan zuk(rasa) dan dasyat dinamakan wujdan(mendapat rasa) dan tergamam.Inilah alamat raja sudah tiba dinamakan usul dan maut.Inilah kesudahan jalan kita kembali kepada Allah ta’ala.Inilah sebabnya tiada izrail mengambil nyawa kita (hanya menjalankan perintah Allah)kita pun taiada sedarkan diri kita lagi maka diperintahkan orang lah kita, jangan syak lagi demi Allah demi Rasul itulah adanya.