SYARAT ZIKIR TARIQAT NAQSYABANDIYAH ADA 5 PERKARA:

1. Cuci badan dan kain baju daripada najis.

2. Ada air sembahyang (Wudhuk)

3. Duduk Tawaruq sebelah kiri.

4. Menghadap kiblat  melainkan sewaktu Khatam Tawajjuh.

5. Menggunakan Tasbih dan memakai tudung  kepala  melainkan di dalam kelambu.
 

KAFIAT ZIKIR  TARIQAT NAQSYABANDIYAH.

Bermula mengerjakan Zikir Naqsyabandiyah ini  dengan 10 perkara:

1.Tetapkan ingatan (tumpuan ) dalam hati sanubari.-

2. Dihadapkan ingatan semata-mata kepada ALLAH TA'ALA.

3.Mengucapkan Astagfirullah sebanyak 25 kali ,15 kali atau 5 kali.

4.Membaca Al-Fatihah sebanyak  1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.

5.Menghadirkan Syeikh Naqsyabandiyah.-maksud nya merasakan kehadiran para wali Allah yang terdahulu mengamalkan Tariqat ini , untuk dihadiahkan pahala -pahala bacaan kita di atas tadi  kepada mereka.(Kafiat no.6 di bawah)

6.Menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan Surah Al-Ihklas tadi  kepada Syeikh-Syeikh Naqsyabandiyah sehingga kepada Rasullulah.Dimohonkan dengan berkat mereka agar dilimpahkan rahmat ,dimurahkan rezeki ,disihatkan tubuh badan ,dijauhkan bala dan lain-lain doa yang baik untuk diri kita.

7.Memandang Rabitah (Mengingati wajah barang seketika guru yang mentarbiahkan zikir ini) Pengertian nya=ialah bagi memastikan dan menetapkan dalam hati sanubari kita bahawa ilmu ini kita ambil ada gurunya ,
bukan dari sumber-sumber lain.

8.Mematikan Diri (Zikiratul Maut)-bermaksud membayangkan diri kita sendiri di kala saat-saat menghadapi maut,Malaikat Izarail datang mencabut nyawa,saat2 kita dimandikan,dikuburkankan hinggalah di saat terbaring di dalam liang lahad dan seterusnya di soal oleh 2 Malikat Munkar dan Nankir. Di waktu itu pengharapan dan penggantungan kita hanyalah kepada Alla Taa'la semata-mata.

9.Bermunajat dengan ayat seperti berikut: "ILAHI ANTA MAKSUDI WA REDHOKA MATLUBI".
 Yang bermaksud:YA ALLAH YA TUHANKU ENGKAU LAH YANG KU MAKSUD  KEREDAAN MU   LAH YANG KU TUNTUT.

10.Berzikir dengan kalimah ALLAH,ALLAH,ALLAH sebanyak 5000 kali  sehari semalam dengan maqam nya (kedudukan) sepertimana yang telah dibai'ahkan  oleh guru mursyid masing-masing.
 

BACK